Motivasi Diri

"Seseorang telah bertanya kepada Rasulullah s.a.w, apakah sifat yang paling baik dalam ISLAM? Rasulullah s.a.w bersabda; Memberi makanan serta memberi salam samada kepada orang yang engkau kenali atau pun tidak"

(Riwayat Bukhari dan Muslim)

Scrolling Marque

--=Selamat Datang Ke Blog CikguSuhana=--

Saturday, 10 December 2011

MENGENALI KANAK-KANAK CEREBRAL PALSI

Cerebral Palsi
“CEREBRAL” ialah OTAK
“PALSY” bermaksud “KURANG ATAU TIDAK UPAYA MENGAWAL PERGERAKAN OTOT”
Kanak-kanak cerebal palsy mengalami (sebahagian besarnya) kerosakkan pada kawasan motor dalam otak yang mengakibatkan kekurangupayaan untuk melakukan pergerakan otot-otot dan tegak badan. Kecacatan otak dan saraf otot ini lazimnya berlaku sebelum, semasa dan di peringkat awal bayi dilahirkan – ketika bahagian otak berkembang dengan pesat.
Sebelum Kelahiran
  • Jangkitan dalam rahim
  • Ibu mengalami darah tinggi, kancing manis, kurang darah ketika mengandung
  • Pendarahan teruk dan kronik ketika mengandung
Semasa Proses Kelahiran
  • Kelahiran tidak cukup bulan
  • Kecederaan semasa lahir
  • Lemas semasa lahir
  • Jangkitan semasa lahir
Selepas Kelahiran (sebelum berumur 3 tahun)
  • Meningitis (jangkitan kuman diselaput otak) – demam kuning
  • Jaundis yang teruk (kemicterus)
  • Kecederaan otak disebabkan oleh kemalangan, penderaan dan penganiayaan fizikal.
Seseorang kanak-kanak ceberal palsy dilahirkan bagi setiap 800 kelahiran tanpa mengira jantina, kaum, umur ibu atau latar belakang sosial.
Punca-punca :
  • Kekurangan bekalan oksigen (anoxia) – punca utama.
  • Perkembangan otak yang tidak normal.
  • Rembesan (intraeraneal bleeding).
  • Demam kuning.
  • Terhentak / terhempas / kejutan.
  • Serangan kuman / penyakit.
Tanda-tanda :
  • Bayi kelihatan lembik
  • Lewat perkembangan
  • Menggunakan sebelah tangan (hand preference)
  • Masalah menyusu
  • Kerap menangis, meragam, merenggek, tanpa sebab ataupun terlalu diam dan kurang tindak balas
  • Sembelit
  • Cepat marah
Perkembangan kanak-kanak cerebral palsy
Bagi kanak-kanak yang menhidapi cerebral palsy biasanya kita dapati mereka akan lahir lebih awal berbanding dengan kanak-kanak normal yang lain. Selain daripada itu, kanak-kanak seperti ini sewaktu lahirnya jarang atau tidak menangis.
0 – 10 bulan
Kanak-kanak ini pada peringkat awalnya sukar untuk melakukan pergerakan biasa bagi kanak-kanak normal seperti maniarap, duduk mengesot dan sebagainya.
11 bulan
Mula merangkak, tetapi tidak mahu berjalan dan mereka biasanya akan berdiri di hujung jari ibu kaki sahaja seolah-olah bimbang untuk bertapak.
1 – 3 tahun1 tahun masih belum boleh berjalan / anggota tubuh lembik.
Tabiat bertahan nafas atau breathulding spell berlaku disamping berlakunya kekejangan terhadap anggota badan sekiranya kanak-kanak tersebut menangis apabila kemahuannya tidak dituruti dan didapati mukanya bertukar menjadi warna biru. Apabila di menarik nafasnya dan menangis, warna dimukanya kembali cerah semula.
8 tahun
-Belum boleh bercakap
Akibat daripada kerencatan ini boleh juga menimbulkan lain-lain kerencatan seperti : - Rencatan akal (kurang kecerdasan)
- Kerencatan pertuturan
- Rencatan penglihatan
- Rencatan pendengaran
- Sawan (epilepsy)
- Kecacatan anggota
- Kecacatan gigi
- Masalah mengenai pernafasan
- Masalah mangenai pemakanan
- masalah untuk buang air besar atau kecil.
Jenis-Jenis Cerebral Palsy (Spastik, Ataxia, Athetoid)
Spastic – Bahagian-bahagian otot anggota yang spastic manjadi tegang dan tidak mudah kendur semula. Pantulan yang terhasil adalah secara terserentak dan mengejut.
Athetoid – Bahagian-bahagian anggota bergerak tanpa dapat dikawal otot otak (ivoluntary movements). Akibatnya seseorang kanak-kanak athetoid menunjukkan gimik muka.
Atxia – Pada prinsipnya kanak-kanak ataxia ini tidak dapat duduk, berdiri dan berjalan. Kanak-kanak ini mengalami kesukaran untuk mengawal keseimbangan badan dan kodinasi otot, bergantung kepada kadar kepintasan yang dialaminya. Biasanya, jika kanak-kanak ini mampu berdiri dan berjalan sekalipun, kakinya akan berkeadaan terkangkang luas bagi membantu mandapat keseimbangan postur tersebut.
Hypoytonik (Campuran sifat-sifat di atas) – otot lembik

Latihan dan pendidikan kepada kanak-kanak Cerebral Palsy.
Kanak-kanak yang mengalami Cerebral Palsy mempunyai otak yang kurang berfungsi. Tetapi, sekiranya umur mereka lebih muda. Fungsi otak itu akan menjadi lebih baik. Iaitu walaupun mereka mempunyai otak yang kurang berfungsi, namun mereka boleh berkembang secara beransur-ansur. Oleh kerana itu, kita mesti memperkenalkan kanak-kanak Cerebral Palsy ini ke Fisio Terapist dan Occupational Terapist secepat mungkin. Kalau kanak-kanak tidak diberi latihan oleh Fisio Terapist, Occupational Terapist dan keluarga untuk jangka masa yang lama, kecacatan mereka akan bertambah teruk. Contohnya, sendi mereka akan menjadi lebih keras dan tulang belakang mereka akan menjadi bengkok. Oleh itu, kanak-kanak Cerebral Palsy mesti diberi latihan tiap-tiap hari oleh Fisio Terapist, Occupational Terapist dan keluarga di hospital atau di rumah. Jikalau, kanak-kanak yang mengalami Cerebral Palsy mempunyai terencat akal juga, mereka perlu diberi pendidikan khas oleh Guru Khas dan keluarga mereka.
Jenis-jenis Masalah dan Tiga Bentuk Utama.Kecacatan warisan atau keturunan tidak berapa penting dalam kelumpuhan otak. Masalah utama secra langsung melibatkan otak. Tiada kecederaan yang berlaku secara langsung kepada anggota yang terlibat. Terdapat tiga bentuk utama kelumpuhan otak iaitu Spasticity, Athetosis dan Ataxia. Mereka yang mengalami ketiga-tiga bentuk kelumpuhan otak di atas dikenali secara umum sebagai penyakit Cerebral Palsy atau spastic.
Cortex atau Lapisan Luar Otak Cortex atau lapisan luar otak terlibat dalam pemikiran, pengetahuan dan sensasi. Kanak-kanak yang mengalami spasticity menghadapi kawalan pergerakan yang tidak terkawal, kelemahan otot-otot dan seringkali mengalami gangguan dalam tumbesaran dan perkembangan. Kerosakan di bahagian cortex ini berlaku berpunca daripada keadaan spastic sebenarnya. Kerosakan bahagian luar otak boleh memberi kesan kepada kedua-dua bahagian anggota di sebelah bahagian tubuh, iaitu bahagian anggota bawah atau keempat-empat bahagian anggota badan.
Basal Ganglia
Bahagian ini terletak di bawah cortex iaitu di tengah-tengah otak. Basal ganglia dan serebelum membantu meng organisasikan atau menyusun pergerakan dengan amat teratur, harmoni (bersantun) dan lebih ekonomikal. Gangguan di bahagian basal ganglia ini boleh menyebabkan berlakunya kecederaan yang dikenali sebagai Athetosis. Ciri utama yang dihadapi olah athetosis ialah pergerakan yang secara tidak disengajakan dan mengganggu pergerakan yang normal dalam tubuh manusia.
Serebelum
Serebelum ini terletak di bahagian asas atau dasar otak. Bahagian ini berperanan ‘mentadbir’ fungsi tubuh manusia seperti koordinasi opergerakan, gaya dan keseimbangan. Serebelum dihubungkan dengan pangkal otak yang menghubungkan bahagian atas otak kepada saraf tulang belakang. Kanak-kanak spastic yang menghadapi Ataxia berpunca daripada kecederaan pada bahagian serebelum mengalami gaya melangkah yang tidak stabil dan kesukaran dalam mengimbang badan.Orang cacat spastic yang lebih mungkin sekali menghadapi lebih daridada satu kategori asas biajnosa dan pengklasan menggambarkan kesukaran yang amat sangat.

Mengesan Kanak-kanak Spastik.
Kanak-kanak spastic dapat dikesan dari simtom-simtom yang ditunjukkan :
Kesukaran sewaktu makan
Kanak-kanak spastic akan mengalami kesukaran menghisap, menelan dan mengunyah makanan. Ini seringkali menyebabkan mereka muntah. Kanak-kanak juga akan serta merta menggigit makanan yang diletakkan di dalam mulut mereka dan akan sukar untuk di keluarkan semula.
Masalah pernafasan
Kanak-kanak akan mengalami kesukaran bernafas, pernafasan mereka menjadi kencang dan bising.
Masalah tidur.
Kanak-kanak juga mengalami kesukaran tidur, mereka kerap terjaga di waktu malam dan sering menangis.
Masalah pertuturan.Kanak-kanak spastic tidak boleh mengeluarkan suara iaitu mereka tidak boleg memanggil ibu bapanya ataupun mengeluarkan “babbling sound”. Kanak-kanak juga tidak memahami apa yang di katakan kepadanya.
Masalah pendengaran.
Kanak-kanak spastic hanya akan bertidak balas terhadap bunyi yang kuat ataupun tidak bertindak balas langsung terhadap bunyi.
Masalah penglihatan.
Sering kali kanak-kanak ini juling ataupun mengalami mistagmus iaitu pergerakan bola mata yang berterusan.
Reaksi yang tidak normalKanak-kanak spastic sering akan menangis disebabkan bunyi, cahaya dan sentuhan. Kanak-kanak ini juga kadangkala tidur berlebihan (hipersomnia).
Kemungkinan mengalami simtom-simtom terencat akal.Kanak-kanak spastic mungkin mengalami kerencatan akal jika didapati mereka tidak pernah tersenyum, tidak mengenali ibu bapanya, sentiasa tidur, tidak bertindak balas atau tidak berminat terhadap keadaan sekelilingnya.
Sumber Rujukan : Unit Pendidikan Khas, SK Selayang Jaya

~ Sharing Is Caring ~

Kisah Teladan Bergambar

1. Helang dengan kura-kura.


                    Pada suatu masa dahulu terdapat seekor kura-kura yang ingin terbang seperti burung."Oh, alangkah seronoknya kalau aku dapat terbang seperti burung-burung itu," kata kura-kura.Kura-kura cemburu setiap kali melihat burung-burung terbang bebas di udara. Ia selalu termenung memikirkan akan keinginannya itu. 

             Pada suatu hari, kura-kura ternampak seekor burung gagak sedang berehat di atas sebatang dahan pokok. Kura-kura segera menghampiri burung gagak itu. Ia meminta gagak mengajarnya terbang. 
"Kamu tidak boleh terbang kerana kamu tidak mempunyai sayap," kata gagak.Kura-kura berasa kecewa mendengar kata-kata gagak. Namun ia tidak mahu berputus asa. 
               Tiba-tiba ia ternampak seekor helang menghampirinya. Helang itu sebenarnya sedang mencari makanan."Dari tadi saya perhatikan kamu termenung. Apakah masalah kamu wahai kura-kura?" tanya helang."Sebenarnya saya ingin terbang di udara seperti rakan-rakan kamu tetapi tidak ada yang ingin menolong saya," kata kura-kura."Baiklah kura-kura, saya akan ajar kamu terbang, kata helang."Betulkah kamu boleh mengajar saya terbang?" tanya kura-kura dengan gembira.
                  Helang memegang cengkerang kura-kura dengan kuat lalu membawanya terbang di udara. Helang membawa kura-kura terbang tinggi. Kura-kura berasa sungguh gembira kerana ia dapat terbang bersama burung-burung lain. Ia dapat merasa angin yang sejuk. Ia juga dapat melihat pemandangan yang cantik. Namun begitu, helang yang lapar itu membawa kura-kura ke suatu tempat. Ia melepaskan cengkaman kakinya pada cengkerang kura-kura. Kura-kura melayang-layang jatuh ke tanah dan terhempas di atas batu. Badan kura-kura hancur berkecai. Helang terus makan kura-kura itu dengan gembira.
--Moral daripada cerita ini - Kita mestilah membuat sesuatu perkara mestilah mengukur keupayaan diri sendiri.






2. Sang Singa dan Sang Arnab



Ada seekor tikus yang tinggal di dalam satu lubang.
Lubang itu berada di dalam hutan. Dekat dengan lubang itu, tinggal seekor Singa yang garang. Semua binatang takut dengan Singa itu.
Pada suatu hari, di waktu malam, ketika Singa sedang tidur, tikus itu pun keluar mencari makanan.
Tikus berjalan di dalam gelap.
Tikus tak berapa nampak kerana gelap sangat.
Tiba-tiba, tikus terlanggar sesuatu.
Rupa-rupanya tikus terlanggar Singa.
Singa sangat marah kerana ada yang mengganggu dia tidur.
“Aum, berani kamu kacau aku tidur!, aku akan makan kau.” Kata sang Singa.
Tikus sangat takut.
“Tolong jangan bunuh saya, saya cuma seekor tikus yang kecil. Tuan tak kenyang pun kalau makan saya. Nanti manalah tahu kalau tuan perlukan bantuan satu hari nanti saya akan tolong.” Rayu sang tikus.
“Hahaha… Hahaha… apa yang tikus kecil macam awak ni boleh tolong saya? Hahaha… Saya adalah raja rimba… kenapa saya perlu bantuan awak? Tak pe lah, sebab kan awak ni kelakar, saya lepaskan awak.” Balas Singa sambil ketawa terbahak-bahak.
Beberapa hari kemudian, sedang tikus berjalan-jalan di dalam hutan mencari makanan, tiba-tiba dia terdengar suara Singa mangaum meminta tolong.
lion_mouse
“Aum, tolong!, tolong!” jerit singa.
Tikus berlari sekuat hati menuju ke arah suara singa.
Dia ternampak Singa terperangkap di dalam sebuah jaring perangkap yang di pasang oleh pemburu.
Tikus terus menggigit jaring itu sampai putus.
“Terima kasih tikus, kerana menyelamatkan saya. Saya tak sangka yang awak boleh tolong saya.” Kata singa.
“Sama-sama.”
Moral daripada cerita ini - Kita tidak boleh pandang rendah pada orang lain. Setiap orang ada kekuatan dan ada kelemahan masing-masing. Singa yang kuat pun tak boleh buka jaring, tapi tikus yang lemah, boleh.

Kisah Teladan Siri 1

Berkat di sebalik membaca Bismillah.


"Ada seorang perempuan tua yang taat beragama, tetapi suaminya seorang yang fasik dan tidak mahu mengerjakan kewajipan agama dan tidak mahu berbuat kebaikan. Perempuan itu sentiasa membaca Bismillah setiap kali hendak bercakap dan setiap kali dia hendak memulakan sesuatu sentiasa didahului dengan Bismillah. Suaminya tidak suka dengan sikap isterinya dan sentiasa memperolok-olokkan isterinya. Suaminya berkata sambil mengejek, "Asyik Bismillah, Bismillah. Sekejap-sekejap Bismillah."


Isterinya tidak berkata apa-apa sebaliknya dia berdoa kepada Allah S.W.T. supaya memberikan hidayah kepada suaminya. Suatu hari suaminya berkata : "Suatu hari nanti akan aku buat kamu kecewa dengan bacaan-bacaanmu itu." Untuk membuat sesuatu yang memeranjatkan isterinya, dia memberikan wang yang banyak kepada isterinya dengan berkata, "Simpan duit ini." Isterinya mengambil duit itu dan menyimpan di tempat yang selamat, di samping itu suaminya telah melihat tempat yang disimpan oleh isterinya. Kemudian dengan senyap-senyap suaminya itu mengambil duit tersebut dan mencampakkan beg duit ke dalam perigi di belakang rumahnya.


Setelah beberapa hari kemudian suaminya itu memanggil isterinya dan berkata, "Berikan padaku wang yang aku berikan kepada engkau dahulu untuk disimpan." Kemudian isterinya pergi ke tempat dia menyimpan duit itu dan diikuti oleh suaminya dengan berhati-hati dia menghampiri tempat dia menyimpan duit itu dia membuka dengan membaca, "Bismillahirrahmanirrahiim." Ketika itu Allah S.W.T. menghantar malaikat Jibrail A.S. untuk mengembalikan beg duit dan menyerahkan duit itu kepada suaminya kembali.


Alangkah terperanjat suaminya, dia berasa bersalah dan mengaku segala perbuatannya kepada isterinya, ketika itu juga dia bertaubat dan mula mengerjakan perintah Allah, dan dia juga membaca Bismillah apabila dia hendak memulakan sesuatu kerja."

Untuk santapan rohani kita semua - Siri 1

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
Di sini cikgu ingin kongsikan bersama anda semua beberapa mutiara kata.

Renung-renungkan dan selamat beramal.

1) Jangan sekali-kali kita meremehkan sesuatu perbuatan baik walaupun hanya sekadar senyuman.

2) Dunia ini umpama lautan yg luas. Kita adalah kapal yg belayar
di lautan telah ramai kapal karam didalamnya.. andai muatan kita adalah iman, dan layarnya takwa, nescaya kita akan selamat dari tersesat di lautan hidup ini.

3) Hidup tak selalunya indah tapi yang indah itu tetap hidup dalam kenangan.

4) Setiap yang kita lakukan biarlah jujur kerana kejujuran itu
telalu penting dalam sebuah kehidupan. Tanpa kejujuran hidup sentiasa menjadi mainan orang.

5) Hati yg terluka umpama besi bengkok walau diketuk sukar kembali kepada bentuk asalnya.

6) Dalam kerendahan hati ada ketinggian budi. Dalam kemiskinan
harta ada kekayaan jiwa. Dalam kesempitan hidup ada
kekuasaan ilmu.

7) Ikhlaslah menjadi diri sendiri agar hidup penuh dengan ketenangan dan keamanan. Hidup tanpa pegangan ibarat buih-buih sabun. Bila-bila masa ia akan pecah.

8) Kegagalan dalam kemuliaan lebih baik daripada kejayaan dalam kehinaan. Memberi sedikit dengan ikhlas pula lebih mulia! Dari memberi dengan banyak tapi diiringi dengan riak.

9) Tidak ada insan suci yang tidak mempunyai masa lampau dan tidak ada insan yang berdosa yang tidak mempunyai masa depan.

10) Kata-kata yang lembut dapat melembutkan hati yang lebih keras dari batu. Tetapi kata-kata yang kasar dapat mengasarkan hati yang lunak seperti sutera.



Sehingga kita berjumpa lagi.

Salam sayang dari cikgu suhana...

Apa Kata En. Wikipedia tentang Pendidikan Khas?

Pendidikan khas

Pendidikan khas adalah perkhidmatan dan kemudahan pendidikan yang disediakan untuk individu berkeperluan khas, atau kurang upaya, yang terdiri daripada mereka yang mengalami kecacatan mental, bermasalah pembelajaran, gangguan emosi dan tingkah laku, gangguan komunikasi(pertuturan dan bahasa), hilang pendengaran, hilang penglihatan atau darjah penglihatan yang rendah, kecacatan fizikal dan golongan pintar cerdas.

Di Malaysia

Kementerian Pelajaran Malaysia menurut Akta Pendidikan 1996, Peraturan-peraturan Pendidikan (Pendidikan Khas 1997 Bahagian II 3(2) menyediakan pendidikan khas dan kemudahan untuk murid bermasalah penglihatan dan pendengaran, manakala pendidikan khas integrasi pula adalah untuk yang bermasalah pembelajaran, penglihatan, dan pendengaran.
Ia diwujudkan di peringkat prasekolah, sekolah harian biasa rendah dan menengah serta sekolah menengah teknik atau vokasional, dengan menggunakan pendekatan pengajaran berasingan dan separa inklusif. Tempoh pengajian bagi sekolah rendah adalah selama enam tahun, manakala bagi sekolah menengah pula selama lima tahun dan dilanjutkan sehingga dua tahun maksimum mengikut keperluan murid.
Bilangan murid pendidikan khas rendah dan menengah di seluruh Malaysia adalah seramai 2912, manakala guru pula ialah seramai 630. Terdapat sebanyak 28 buah sekolah rendah, iaitu lima(kanak-kanak buta), dan 23 (kanak-kanak pekak). Manakala bagi sekolah menengah rendah pula, terdapat tiga buah sekolah pendidikan khas iaitu, satu (kanak-kanak buta) dan tiga (kanak-kanak pekak). Bilangan murid pendidikan khas integrasi pula adalah seramai 11 961, manakala gurunya pula adalah seramai 2587 orang.

Syarat-syarat

Syarat-syarat kemasukan ke sekolah pendidikan khas pula adalah; Tadika(berusia tidak kurang 6 tahun), Sekolah Rendah(berusia 6+ hingga 14+ tahun) dan Sekolah Menengah (13+ hingga 19+ tahun. Semua kanak-kanak ini mestilah mendapat pengesahan daripada doktor terlebih dahulu dan dapat menguruskan diri sendiri tanpa bantuan orang lain.

Sumber :-Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Thursday, 8 December 2011

Pendidikan Khas

PENDIDIKAN KHAS
Pendidikan Khas ialah program yang dirancang khusus untuk memenuhi 
pelbagai keperluan murid khas, termasuk penggunaan bahan khas, 
peralatan khas, teknik p & p mengikut tahap kebolehan & keupayaan pelajar:-
  • Perkembangan mental
  • Kestabilan emosi
  • Integrasi sosial
KANAK-KANAK KHAS
Merupakan kanak-kanak yang telah dikenal pasti dan disahkan oleh
 pakar professional klinikal sebagai mengalami masalah yang 
mengganggu proses pembelajaran.
“……… Kanak-kanak yang berbeza dari kanak-kanak sederhana
 atau biasa (1) dalam ciri-ciri mental (2) keupayaan-keupayaan 
deria (3) dalam ciri-ciri saraf dan otot atau fizikal (4) dalam tingkahlaku 
sosial atau emosi (5) dalam keupayaan komunikasi atau (6) 
dalam pelbagai kekurangan sehinggakan ia memerlukan 
amalan-amalan sekolah yang diubahsuai, atau perkhidmatan-perkhidmatan 
pendidikan khas , supaya ia boleh berkembang sehingga kemampuan
 yang maksimum ”.              
                                         Kirk, S.A. et.al. “Educating Exceptional Children”, 1993
Apa Dia kanak-kanak Khas ?
………… “Kanak-kanak yang dari segi intelek, fizikal, sosial dan emosi
 tidak mencapai pertumbuhan-pertumbuhan biasa hingga mereka tidak
 dapat faedah sepenuhnya dari rancangan sekolah biasa “.
                                                                          Chua Tee Tee, 1981
Apa Dia Pendidikan Khas ?
……… Pengajaran yang bercorak individu direka untuk memenuhi
 keperluan-keperluan pendidikan yang berkaitan dengan murid-murid
 kurang upaya. Pendidikan Khas yang menyediakan peluang-peluang
 pembelajaran yang tidak disediakan dalam kurikulum yang baku
 atabiasa atau perkhidmatan-perkhidmatan sekolah biasa “.
PROGRAM PENDIDIKAN KHAS
Program pendidikan khas di Malaysia dilaksanakan melalui:-
  • Sekolah Khas
  • Progam pendidikan Khas Integrasi (pengasingan/inklusif)
  • Pemulihan Khas
  • Program Disleksia
  • Pendidikan Vokasional sekolah khas/integrasi(teknik/Vokasional)
KATEGORI PENDIDIKAN KHAS
Kanak-kanak yang berada dalam program Pendidikan khas adalah
mereka yang menghadapi masalah untuk belajar di dalam aliran biasa.
 Terdapat tiga aliran :
  • Masalah Pembelajaran
  • Masalah Pendengaran
  • Masalah Penglihatan
Falsafah Pendidikan Khas
Pendidikan Khas di Malaysia adalah satu usaha yang berterusan untuk 
melahirkan insan yang berkemahiran, berhaluan, berupaya, beriman,
 berdikari, mampu merancang dan menguruskan kehidupan serta 
menyedari potensi diri sendiri sebagai seorang individu dan ahli
 masyarakat yang seimbang dan produktif selaras dengan
 Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
KEJAYAAN ORANG-ORANG ISTIMEWA
Setiap orang mempunyai impian dan cita-cita tersendiri. Jika diberi
 peluang pastinya mereka dapat meneroka dan memperkembangkan 
minat masing-masing. Dengan minat yang ada, sudah tentunya ia 
akan membuahkan hasil dan menampakkan kejayaan. Ini sudah
 pastinya meningkatkan motivasi dan kepercayaan diri dalam diri individu.
Mungkin anda sebagai ibu bapa mempunyai impian melihat anak –anak 
anda menjadi pilot, doktor, peguam dan menjawat jawatan yang tinggi.
 Persoalannya apakah jawatan tersebut sesuai dengan kemampuan anak anda
 yang mempunyai sifat-sifat yang terbatas? Namun begitu, anda seharusnya
tidak berputus asa kerana meskipun mereka dilahirkan dengan keadaan 
yang tidak sempurna, mereka masih dapat mengecap nikmat kehidupan 
dengan gembiranya. Apa yang penting, kepuasan dalam bidang yang 
diceburi mengikut minat masing-masing.
Meskipun golongan istimewa mempunyai kebolehan yang terbatas, ibu bapa
 seharusnya memberi kepercayaan dan galakan kepada mereka dalam apa 
jua bidang yang mereka ceburi. Dengan pendidikan dan latihan yang sepatutnya,
 orang-orang istimewa mampu beroleh kejayaan. Sejarah telah membuktikan,
 golongan istimewa juga mampu melakukan tugas seperti orang lain malah 
kadangkala lebih baik lagi!

Bahasa Isyarat


Bahasa Isyarat
BAHASA ISYARAT ialah bahasa yang digunakan oleh Orang-Orang Berkeperluan Khas Pendengaran untuk berkomunikasi sesama mereka dan orang ramai.

Kod Tangan
KOD TANGAN ialah kod-kod serta isyarat-isyarat yang diseragamkan menurut asas-asas dan tatabahasa serta prinsip-prinsip Bahasa Melayu sebagaimana yang didengar, diperbualkan, ditulis, dibaca dan difahami oleh orang ramai.
Ejaan Jari (FINGERSPELLING)
EJAAN JARI (FINGERSPELLING) adalah bahagian mustahak dalam komunikasi Orang-Orang Berkeperluan Khas Pendengaran yang digunakan untuk mengeja Nama Khas dan mengeja perkataan-perkataan yang tiada kod tangan.



Abjad: 


Membilang Nombor: 
(dari kiri) Baris 1 :1,2,3,4,5
               Baris 2 :6,7,8,9,10                 

               Baris 3 :11,12,13,14,15                 
               Baris 4 :16,17,18,19,20


Mari belajar bahasa isyarat :








Tuesday, 6 December 2011

Dasar Baru KPM
1 Murid 1 Sukan (1M 1S)MBMMBIPentaksiran Berasaskan SekolahKurikulum Standard Sekolah RendahRancangan Malaysia ke-10NKRA Pendidikan